Lawatan ke Parlimen Malaysia – Oktober 2015

PARLIMEN_090315_TMIAFIF_001

Photo Credit: TheMalaysianInsider

Dalam usaha untuk mempeliharan alam semulajadi dan tangani masalah perubahan iklim, polisi dan perundangan negara perlu dihalusi. Pada persidangan Parlimen Malaysia yang akan datang, kami akan menganjurkan suatu lawatan pendidikan. Hanya 5 orang yang akan dipilih untuk menyertai rombangan pada kali ini. Sila nyatakan “Kenapa anda patut dipilih?” dalam ruangan ‘any other matters’ dalam borang di bawah.

Keputusan pemilihan akan diumumkan pada 20 Oktober 2015 telah diumumkan dan para peserta telah dimaklumkan melalui emel.

  • Tarikh: 26 Oktober 2015
  • Masa: 9.00 pagi
  • Tempat Berkumpul: KL Sentral, Departure Area Drop Off Entrance, facing Sooka (Maybank)
  • Pakaian: Sila rujuk bahagian di bawah

 

Photo Credit: Leaf Project

Photo Credit: Leaf Project

KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA

PAKAIAN YANG DIBENARKAN

LELAKI

1) Lounge Suit dan bertali leher
2) Baju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Baju batik lengan panjang
4) Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Seluar panjang berwarna gelap (slack)
6) Kasut kulit.

WANITA

1) Baju kurung atau kebaya labuh / blouse berlengan panjang
2) Skirt panjang di bawah paras lutut
3) Sari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Seluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut

PELAJAR SEKOLAH

1) Pakaian seragam sekolah.

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

1) Baju tanpa lengan
2) Jaket
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan mencolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat
7) Baju T

PELAWAT TIDAK DIBENARKAN:

1) Membawa kanak-kanak di bawah umur enam tahun
2) Merokok di kawasan Parlimen
3) Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen
4) Membawa masuk telefon bimbit, kamera serta lain-lain alat telekomunikasi ke dalam Dewan Negara / Dewan Rakyat (Alatan ini boleh disimpan di Kaunter Pengawal Pintu 7)
5) Membawa peralatan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan

Pelawat dikehendaki menepati masa lawatan yang telah dipersetujui.
Pelawat akan memasuki bangunan Parlimen selepas mereka melalui pemeriksaan keselamatan rapi dan melalui mesin pengimbas bagi tujuan keselamatan di Pintu 7.

Info Lanjut http://www.parlimen.gov.my/

Translate »