Sepuluh Fakta Tenaga Hidro Besar Tidak Patut Diterima Sebagai Inisiatif Pengurangan Perubahan Iklim

Sepuluh Fakta Tenaga Hidro Besar Tidak Patut Diterima Sebagai Inisiatif Pengurangan Perubahan Iklim

Manifesto Masyarakat Menyokong Penyelesaian Iklim yang Sebenar

Projek tenaga kuasa hidro yang besar sering disebarkan sebagai sumber elektrik yang “bersih dan hijau” oleh institusi kewangan antarabangsa, kerajaan dan pihak-pihak lain. Mereka ini bakal mendapat keuntungan yang tinggi daripada penjualan peralatan yang bertujuan untuk menangani perubahan iklim, termasuk kredit karbon dalam Mekanisma Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism, CDM), kredit daripada Dana Pelaburan Iklim Bank Dunia (World Bank’s Climate Investment Funds), dan istilah khas kewangan daripada perwakilan kredit eksport dan ikatan hijau. Industri empangan menyokong projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar dibiayakan oleh Dana Iklim Hijau (Green Climate Fund), dan banyak kerajaan melonjakkan mereka sebagai sahutan kepada perubahan iklim melalui inisiatif kebangsaan. Sebagai contoh , sekurang-kurangnya dua belas kerajaan dengan sektor utama tenaga kuasa hidro telah merangkumkan peluasan penjanaan kuasa hidro dalam laporan Intended Nationally Determined Contributions (INDCs) mereka.

saveriversIHAprotest02-621x349

Sokongan daripada inisiatif iklim adalah salah satu sebab mengapa lebih daripada 3,700 empangan tenaga kuasa hidro sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan pada masa kini. Namun projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar ialah satu penyelesaian yang palsu terhadap perubahan iklim. Mereka perlu disingkirkan daripada inisiatif iklim negara dan antarabangsa berdasarkan sebab-sebab berikut:

1. Empangan tenaga kuasa hidro mengeluarkan jumlah besar gas rumah kaca, terutamanya di kawasan tropika. Menurut kajian rakan semula, metana dari empangan menyumbang lebih daripada 4% daripada perubahan iklim akibat akitiviti manusia – setanding dengan kesan iklim daripada sektor penerbangan. Dalam beberapa kes, projek-projek tenaga kuasa hidro mengeluarkan emisi yang lebih tinggi daripada loji kuasa arang batu dengan penghasilan jumlah elektrik yang sama.

2. Sungai menyingkirkan kira-kira 200 juta ton karbon dari atmosfera setiap tahun. Di samping itu, kelodak sungai seperti Amazon, Congo, Ganges dan Mekong yang dibawa ke laut menjadi bekalan plankton dan menyerap jumlah karbon yang besar. Projek-projek tenaga kuasa hidro dan empangan yang lain mengganggu pengangkutan kelodak dan nutrien dan menjejaskan peranan sungai sebagai penyerap karbon sejagat.

3. Empangan hidro menyebabkan sistem air dan tenaga lebih terancam kepada perubahan iklim. Banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini sedang mengancam keselamatan empangan dan semata-mata di Amerika Syarikat telah menyebabkan kegagalan lebih daripada 100 buah empangan sejak tahun 2010. Pembinaan empangan telah memperburuk bencana banjir di kawasan gunung yang lemah seperti Uttarakhand / India. Pada masa yang sama, kemarau terlampau meningkatkan risiko ekonomi tenaga kuasa hidro, dan telah banyak menjejaskan negara-negara dari Afrika sampai Brazil yang kebanyakan elektrik mereka bergantung kepada empangan tenaga kuasa hidro.

4. Berbeza dengan kebanyakan projek-projek angin, solar dan mikro-hidro, empangan menyebabkan kerosakan yang teruk dan takterbalikkan kepada ekosistem yang kritikal. Oleh sebab pembinaan empangan dan faktor-faktor lain, ekosistem air tawar mengalami kehilangan populasi 76% purata sejak tahun 1970 – lebih daripada ekosistem lautan dan daratan. Pembinaan empangan yang banyak untuk melindungi ekosistem daripada perubahan iklim bersamaan dengan mengorbankan arteri planet untuk melindungi paru-paru ia.

5. Projek tenaga kuasa hidro yang besar mempunyai kesan yang serius kepada masyarakat setempat dan sering mencabuli hak-hak orang asli terhadap tanah, wilayah, sumber, tadbir urus, integriti budaya mereka serta kebebasan, sebelum persetujuan mereka. Empangan telah menyebabkan permindahan sekurang-kurangnya 40-80 juta orang dan telah menjejaskan kira-kira 472 juta orang yang tinggal di hilir sungai. Rintangan empangan daripada masyarakat yang terjejas sering bersamaan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang mengerikan.

6. Projek tenaga kuasa hidro yang besar bukan peralatan yang sentiasa berkesan untuk perkembangan laluan tenaga kepada orang-orang miskin. Berlainan dengan angin, solar dan mikro-hidro, empangan tenaga kuasa hidro yang besar bergantung kepada grid elektrik pusat, yang bukan peralatan kos berkesan untuk mencapai penduduk luar bandar terutamanya di Sub-Sahara Afrika dan Himalaya. Projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar sering dibina untuk memenuhi keperluan projek-projek perlombongan dan perindustrian walaupun disokong oleh keperluan golongan miskin.

7. Walaupun mereka ialah penyelesaian yang baik dengan cara yang lain, projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar akan menjadi cara yang mahal dan memakan masa dalam menangani krisis iklim. Secara purata empangan besar mengalami kos lebihan sebanyak 96% dan masa lebihan sebanyak 44%. Sebagai perbandingan, projek angin dan solar dapat dibina dengan lebih cepat dan mengalami purata kos lebihan yang kurang daripada 10%.

8. Berlainan dengan angin dan tenaga solar, tenaga kuasa hidro bukan lagi satu teknologi yang inovatif, dan tidak berupaya mencapai kejayaan teknikal utama sejak beberapa dekad ini. Berlainan dengan tenaga kuasa solar, pembiayaan iklim untuk projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar tidak akan membawa skala ekonomi selanjutnya, dan tidak menggalakkan pemindahan teknologi baru ke negara-negara Selatan.

9. Tenaga kuasa angin dan solar telah menjadi mudah diperoleh dan berdaya saing dari segi kewangan, dan telah mengambil alih tenaga kuasa hidro yang besar dari segi penambahan muatan baru. Sekiranya grid menjadi lebih pintar dan kos penyimpanan bateri terjatuh, projek-projek tenaga kuasa hidro baru tidak lagi diperlukan untuk mengimbangi sumber intermiten tenaga boleh diperbaharui.

10. Projek tenaga kuasa hidro kini mengambil 26% daripada semua projek yang berdaftar dengan CDM, dan menyerap sokongan ketara daripada inisiatif iklim yang lain. Kewangan iklim untuk projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar menyesakkan sokongan untuk penyelesaian sebenar seperti angin, solar dan hidro mikro, serta mewujudkan ilusi tindakan iklim yang nyata. Permasukkan tenaga kuasa hidro yang besar dalam inisiatif iklim memalsukan kewujudan penghapusan keperluan untuk penambahan penyelesaian iklim yang sebenar.

Pertubuhan-pertubuhan dan individu yang bertandatangan di bawah ini menyeru kerajaan, institusi kewangan dan institusi lain untuk memastikan projek-projek tenaga kuasa hidro yang besar dikeluarkan daripada inisiatif mereka dalam menangani perubahan iklim, atas sebab-sebab ini. Segala penyelesaian iklim dan tenaga perlu menghormati hak dan nafkah masyarakat tempatan.

Penganjur

  • Asociación Interamericana para la Defensa del Ambiente (AIDA)
  • Amazon Watch
  • International Rivers
  • REDLAR
  • France Libertés
  • Asia Indigenous Peoples Pact
  • Asociación Interamericana para la Defensa del Ambiente
  • Bianca Jagger Human Rights Foundation
  • Carbon Market
  • Watch Jeunes Volontaires pour l’Environnement International
  • Oxfam International
  • South Asia Network on Dams, Rivers and People
  • Urgewald

Tandatangan Bersama

  • Ecosistemas
  • Futaleufú Riverkeeper
  • Chile Sustentable
  • Amigos del Río San Rodrigo
  • Corporación Privada para el Desarrollo de Aysén
  • Persatuan Belia Perubahan Iklim, Malaysia
  • #PowerShiftMsia, Malaysia
  • SAVE Rivers Network
  • Center for International Environmental Law (CIEL)
  • Borneo Project
  • Asociación Ambiente y Sociedad Colombia
  • La Asociación Amigos de los Parques Nacionales (AAPN)
  • Brigada Cimarrona Sebastián Lemba
  • Agrupacion Aysen Reserva de Vida
  • Colalición Ciudadana Aysén Reserva de Vida
  • Colectivo MadreSelva
  • India Climate Justice Platform
  • River Research Centre, India
  • Breaking the Silence Maritimes-Guatemala Solidarity Network
  • Centro de Incidencia Ambiental (CIAM), Panamá
  • Servicios para una Educación Alternativa
  • Forum for Policy Dialogue on Water Conflicts in India
  • Society for Promoting Participative Ecosystem Management (SOPPECOM)
  • South Asian Dialogues on Ecological Democracy
  • Sikkim Bhutia Lepcha Apex Committee
  • River Research Centre
  • Bharat Jan Vigyan Jatha
  • Colectivo de Estudios Rurales Ixim
  • River Basin Friends (NE)
  • Alianza para la Conservacion y el Desarrollo (ACD), Panama
  • Otros Mundos, Chiapas, México
  • The Vigyan Vijay Foundation, New Delhi
  • India Network on Ethics and Climate Change
  • The Timbaktu Collective
  • Movimiento Ciudadano frente al Cambio Climático (MOCICC), Peru
  • Lok Shakti Abhiyan, India
  • Instituto Panamericano do Ambiente e Sustentabilidade (IPAN), Brazil
Translate »