Simposium Perubahan Iklim Islamik Antarabangsa

Simposium Perubahan Iklim Islamik Antarabangsa akan berlangsung di Istanbul pada minggu hadapan untuk melancarkan “Deklarasi Islamik dalam Peubahan Iklim” yang pertama.

Pemimpin berpengaruh daripada 20 buah negara-negara Islam akan berkumpul sebelum persidangan Perubahan Iklim PBB pada Disember ini di Paris untuk menyeru 1.6 billion kaum Islam di seluruh dunia untuk menjalankan kewajipan keagamaan masing-masing dalam mengatasi perubahan iklim.

Ajaran Rasullulah mengajak kita menjadi penjaga (pemelihara) dan hamba , sabda Rasulullah :

“Allah telah mencipta Bumi ini hijau dan indah, dan Dia telah menempatkan kamu untuk menjadi khalifah (hamba) di atas muka bumi ini.”

“الله تله منچيڤتا بومي اين هيجاو دان اينده، دان دي تله منمڤتكن كام اونتوق منجادي خليفه د اتس موك بومي اين.“

Deklarasi tersebut menyeru negara-negara yang terlibat untuk memikul tanggungjawab dalam mengurangkan impak perubahan iklim serta menyeru pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia untuk memberi perhatian dalam peranan sosial dan alam sekitar, terutamanya apabila menggunakan sumber alam yang terhad dengan kadar yang cepat. Ini dapat dilakukan dengan mengurangkan jejak karbon dan pengurangan penggunaan bahan api fosil secara berperingkat, dengan peraliahan kepada 100% sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Sertailah kami dalam symposium melalui siaran langsung pada pukul 2:30pm hari Isnin 17hb – Selasa 18hb Ogos, dengan pengaksesan di bawah.

Ambil bahagian dalam perbualan mengenai pelancaran deklarasi dengan menggunakan hashtag #Muslims4Climate dan tweet kepada kami, pendapat anda mengenai deklarasi iklim serta cara anda mengambil inisiatif dari setiap pelosok dunia sebelum persidangan di Paris.

Latar Belakang Simposium

Simposium Perubahan Iklim Islam Antarabangsa dianjurkan bersama oleh Islamic Relief Worldwide, Greenfaith, Islamic Forum for Ecology & Environmental Sciences (IFEES) dan Islam and Climate Action Network International.

Islamic Relief Worldwide adalah badan bukan kerajaan (NGO) perkembangan Muslim antarabangsa yang terbesar dalam menanangi perubahan iklim melalui program di seluruh dunia, Greenfaith adalah organisasi antara agama yang terkemuka dalam hal alam sekitar dan kepercayaan. Islamic Forum for Ecology & Environmental Sciences (IFEES) adalah pakar pemikir akademik dalam hal-hal persekitaran dan alam sekeliling manakala Climate Action Network International terkemuka dalam organisasi antara kerajaan dalam perubahan iklim.

Diterjemah oleh Wan Ji (MYD15)

English Version here.

Translate »