Surat Terbuka kepada Parti-parti Politik Malaysia Menjelang PRU Ke-14 2018

Kepada: Presiden-presiden Parti-parti Politik Malaysia

Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) dalam Bahasa Inggerisnya telah diterima oleh 193 negara termasuk Malaysia pada September 2015 Summit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi. Matlamat-matlamat ini dianggap sebagai matlamat sejagat untuk pembangunan dan sebagai ukuran kesejahteraan sesebuah negara.

Kami mempercayai bahawa pemeliharaan alam sekitar harus diberi lebih penekanan untuk mencapai aspirasi negara. Pembangunan mampan seharusnya menjadi matlamat yang boleh memastikan kemenangan semua pihak dari sektor alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dengan memaklumkan pengundi-undi tentang aspirasi dan perancangan pembangunan mampan di Malaysia, mereka akan meraih keputusan yang tepat.

Image result for PRU Ke-14 2018 alam sekitar

Kami (seperti yang tersenarai di bawah) menggesa parti politik untuk mengiktiraf aspirasi-aspirasi alam sekitar yang diinginkan oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dengan

a) menyenaraikan aspirasi-aspirasi ini dalam manifesto parti ; dan
b) memastikan aspirasi-aspirasi tersebut diberi keutamaan untuk memastikan pembangunan mampan bagi generasi kini dan masa depan. Kami memohon pada parti politik untuk memaklumkan pihak pengundi bagaimana parti anda akan merealisasikan aspirasi-aspirasi tersebut untuk kesejahteraan rakyat dan paling penting, perkara yang akan anda buat pada seratus (1oo) hari yang pertama, sekiranya anda memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan.

Malaysia merupakan antara salah satu 12 negara yang kaya dengan biodiversiti di dunia. Negara kita juga mempunyai kedudukan yang ke-4 sebagai negara yang paling banyak spesis1 pokok dimana kita dirahmati dengan hutan hujan tropika, hutan bakau, tanah gambut dan hutan paya yang kaya dengan pelbagai sumber.

Lautan yang mengelilingi negara kita juga merupakan bahagian yang penting merangkumi Segi-tiga Coral yang mengandungi lebih 75% spesis terumbu dunia. Kekayaan biodiversiti negara kita semestinya merupakan antara salah satu sebab Malaysia terkenal sebagai destinasi percutian di kalangan pelancong-pelancong antarabangsa.

Sebagaimana yang kita tahu, manusia tidak boleh hidup tanpa alam. Pembangunan yang berniat untuk meningkatkan taraf hidup dan meningkatkan ekonomi, sekiranya secara tidak mampan akan memusnahkan alam sekitar. Alam sekitar yang memberikan perkhidmatan yang sering kita tidak menghargai seperti udara segar, air yang bersih, makanan dan perlindungan terhadap cuaca yang melampau. Akibatnya, kita mengalami keburukkan yang memudaratkan sedangkan ini boleh dielakkan dari awal. Kita seharusnya mempunyai sasaran untuk menuju dan mencapai pembangunan secara mampan yang merangkumi aspirasi terhadap pembangunan ekonomi tanpa mengalami kerugian kepada sumber alam kita (sumber alam, sistem sosial dan budaya). Barulah kita boleh memastikan peningkatan taraf hidup bagi generasi kini dan masa depan.

Sekiranya pembangunan yang tidak mampan diteruskan,tanpa perlindungan alam semulajadi, risiko akan semakin meningkat untuk bencana alam seperti banjir kilat, pencemaran udara, tanah runtuh, kekurangan bekalan air dan pemanasan global. Kita telahpun menyaksikan kejadian seperti ini berlaku dengan lebih kerap kini dan ianya dijangka akan menjadi semakin teruk dengan peningkatan populasi dan perubahan iklim.Kita tidak seharusnya lupa pada peranan hutan, tanah lembap dan lautan sebagai sumber makanan, nutrien-nutrien dan tempat rekreasi untuk manusia, mengawal iklim dan sebagai penampan semulajadi terhadap cuaca yang melampau.

Surat terbuka ini ditulis secara neutral tanpa memihak pada mana-mana parti untuk penyokong-penyokong kami – pengundi anda. Adalah harapan masyarakat/rakyat terhadap kami sebagai NGO berasaskan alam sekitar untuk berkomunikasi dengan sistem politik untuk menarik perhatian kepada pembangunan mampan dan menggesa anda untuk menjadikan perkara ini sebagai keutamaan anda. Dengan memaklumkan pengundi-pengundi tentang aspirasi-aspirasi dan perancangan anda untuk pembangunan mampan di Malaysia, anda memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk membuat keputusan melalui cabutan undian.

Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca surat ini.

Yang benar,

  • Biji-biji Initiative
  • Civil Society Organisations for Sustainable Development Goals (CSO-SDG) Alliance
  • Ecocentric Transitions
  • EcoKnights
  • Environmental Protection Society Malaysia (EPSM)
  • Land Empowerment Animals People (LEAP) Spiral
  • Malaysian Nature Society Kuching Branch
  • #PowerShiftMsia
  • Reef Check Malaysia
  • Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  • Sabah Environmental Trust
  • Sabah Wetlands Conservation Society
  • Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
  • Treat Every Environment Special (TrEES)
  • Wetlands International Malaysia
  • WWF-Malaysia

 

Published Media

Translate »